Description
Beg harian yang ringkas, kemas dan boleh dipersonalisasi. Custom Men’s Backpack sesuai untuk dibawa ke tempat kerja, kelas, perjalanan serta dijadikan hadiah korporat dan kit peserta program.
Jadikan beg lebih istimewa dengan nama sendiri, nama syarikat, logo atau nama program. Pilihan sulaman atau cetakan boleh dibincangkan mengikut design dan keperluan tempahan.
Ciri-ciri beg
- Ruang utama berzip dengan ruang pembahagi dalaman.
- Poket kecil dalaman untuk menyusun barang.
- Poket depan berzip untuk barang yang kerap digunakan.
- Poket sisi bertali untuk botol atau aksesori.
- Tali bahu boleh dilaraskan dan pemegang di bahagian atas.
- Pilihan warna: Hitam, Kelabu dan Biru Navy.
- Ukuran anggaran: tinggi 44 cm × lebar 31 cm × tebal 17 cm.
Custom nama & logo
Maklumkan nama atau teks yang dikehendaki, warna beg dan pilihan sulam atau print. Untuk logo, sediakan fail design yang jelas. Saiz dan kedudukan personalisasi bergantung pada ruang beg serta kesesuaian design. Nama pada poster ialah contoh personalisasi.
Tempahan pukal & korporat
Sesuai untuk hadiah kakitangan, kit seminar, program sekolah, team building dan merchandise rasmi. Untuk quotation, maklumkan kuantiti, tarikh diperlukan, warna beg, jenis personalisasi serta design/logo.
Tempahan custom dibuat secara pre-order. Hubungi kami untuk pengesahan ketersediaan warna dan tempoh siap sebelum membuat tempahan. Untuk program atau event, disarankan membuat tempahan sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal.
Warna sebenar mungkin sedikit berbeza mengikut pencahayaan dan paparan skrin. Ukuran diambil secara manual; sedikit perbezaan mungkin berlaku. Laptop dan aksesori dalam gambar adalah untuk ilustrasi sahaja dan tidak disertakan. Semak ukuran peranti sebelum membeli.





















Reviews
There are no reviews yet.